Monday, December 26, 2011

27 Dis 2011(Isnin) - Pemeriksaan paip air

Tugas yang dijalankan pada hari ini ialah memeriksa semua paip yang berada di dalam kebun limau ini. Ini untuk mempastikan ia berfungsi sebab sistem pengairan dijalankan dengan automatik. Jika tidak air tidak akan sampai ke pokok limau. Waktu siraman telah saya hadkan selama 40 minit sahaja supaya pembaziran air  dapat dikawal. Air yang berlebihan akan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pokok limau. Sebanyak 30 kg buah limau dapat dipasarkan hari ini. Namun begitu buah-buah ini masih belum mencapai sempurna 100%. Sekarang ini buah limau masih dalam proses pembesaran. Lagi 2 minggu ia akan mencapai matang untuk dipasarkan.

Friday, December 16, 2011

17 Dis 2011. Kawasan baru.

Saya sudahpun bernekad untuk menanam limau di kawasan baru. Keluasan kira-kira 1 ekar. Adalah dianggarkan sejumlah 900 batang pokok limau boleh ditanam. Saya akan menanam limau kasturi dan limau nipis. Jauhnya dari tempat sekarang hanyalah 1 km sahaja. Keadaan tanah rata dan beralun. Namun sistem saliran secara paip akan dibuat. Namun kali ini permukaan tanah akan dipastikan rata. Sebabnya memudahkan proses memotong rumput dengan menggunakan mesin rumput jenis tolak. Jenis pikul dah tak larat nak dipikul lagi. Di lain masa akan saya bawakan sertakan gambaran kawasan baru.

Wednesday, December 14, 2011

14 Dis 11, Adakah pokok limau perlu disiram air ?

Jika pokok masih kecil ia memanglah perlukan air . Jika pokok sudah besar ?Kebun limau yang saya miliki mempunyai sistem pengairan dengan waktu penyiraman 10.00-11.00 pagi dan 2.00-3.00 petang secara automatik. Masa operasi 1 jam .Tapi logiknya limau kasturi memerlukan air. Kemudian saya berhentikan siraman secara automatik dan buah limau agak kecil sedikit. Baja yang sesuai dah saya taburkan. Baru-baru ini hujan setiap hari dan saya dapati buah limau kasturi besar berbanding bukan semasa hari hujan. 

Saya telah menghubungi seorang sahabat saya yang bernama Haji K. beliau pernah mengusahakan tanaman limau ini dan beliau bersetuju bahawa siraman yang kerap akan mendatangkan kesan yang baik kepada buah limau tetapi beliau berpesan juga bahawa siraman air itu hendaklah secukup-cukup sahaja dan jangan terlampau lebih sebab ia mendatangkan kesan yang tidak baik kepada pokok limau. Namun begitu ada ketikanya pokok limau kasturi memerlukan musim kemarau untuk tujuan pendebungaan dan pengeluaran buah yang baru. Pada pandangan anda bagaimana ? 

Sistem pam air berkuasa kuda 2, telahpun saya gunakan untuk mengairi seluruh kawasan kebun. Bermakna semua pokok limau akan mendapat air yang secukupnya dan subor. Pam ini dapat menampung seluruh limau yang ada di dalam kebun ini.

TQ, jumpa lagi. 

Tuesday, December 13, 2011

13 Dis 2011- Tahi lembu pengganti baja kimia.

Selama 3 hari kebun limau ini telah diserbu oleh saya sekeluarga. Anak-anak dan isteri telah menolong membersihkan kawasan persekitaran kebun. Nampak bersih dan sejuk mata memandang. Sistem saliran air telah dikemaskinikan dengan tumpuan kepada tanah di kawasan tanah merah. Selepas ini sistem saliran air akan dipertingkatkan di kawasan tengah. Kaedah fertigasi telah diguna pakai dalam proses saliran. Mudah dan mesra masa. Proses membaja telah diselesaikan oleh arif. Saya menggunakan baja 15:15:15. Harganya mahal juga. Integrasi pertanian boleh dilaksanakan di kebun limau ini. Jika keluasan tanaman limau lebih 1 ekar, kita boleh melepaskan seekor lembu dalam kawasan tanaman. Kelebihannya ialah baja tidak perlu dibeli kerana najis lembu sesuai untuk dijadikan baja semulajadi. Tanah juga tak keras sepertimana jika menggunakan baja kimia. Jangan risau lembu tidak akan memakan daun limau. Buktinya saya dah lakukan eksperiman ini selama 1 tahun. Bagaimana pandangan anda ?
Di bawah ini keadaan dalaman kebun limau saya yang diambil dengan menggunakan handphone. Kolam ikan pun ada tapi saja-saja bela keli dan sedikit tilapia merah. Saja nak bereksperimen sampai hasil lumayan.







  

 



 


 
 

 


  

27 Oktober 2011, Kena cari kawasan baru.


Sebahagian tanah kebun limau ini akan diambil semula oleh tuan tanah. Adalah dijangkakan proses ini akan berlaku pada April 2012 (sepertimana yang telah dimaklumkan kepada saya). Saya reda apa yang berlaku. Selepas itu tumpuan akan diberikan kepada baki pokok limau yang masih ada ( anggaran700 pokok limau sahaja). Kemungkinan besar saya akan mencari tanah lain untuk menggantikan pokok limau yang telah hilang. ( 27 Oktober 2011)










26 Oktober 2011. Permintaan seperti biasa.

9. Keluaran limau seperti biasa. Pelanggan-pelanggan tetap masih lagi menerima bekalan daripada saya. Keadaan kebun limau dalam keadaan terurus. (26 Oktober 2011)





4 Ogos 2011, Bekalan limau di Bulan Ramadhan

Permintaan untuk limau kasturi ketika ini berkurangan sedikit kerana Bulan Ramadhan. Harga di pasaran juga rendah tidak seperti biasa. Namun kerana sokongan dari pembeli setia, penawaran limau masih dipasarkan. Saya juga mempunyai beberapa kolam ikan dan menternak ikan seperti keli dan tilapia, cuma suka-suka sahaja untuk menjimatkan kos pembelian ikan air tawar. Tapi pelik bin ajaib bila waktu malam ikan-ikan ini semuanya ada kaki . Kadang-kadang tu malas nak bela, terasa penat kami sekeluarga. ( 4 Ogos 2011 )





24 Julai 2011. Membersihkan kawasan kebun.

Pada masa sekarang kawasan kebun telah menjadi semak kerana kerja-kerja merumput tidak dijalankan mengikut jadual atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Sekarang kawasan kebun telahpun dikemaskan dan kerja-kerja mengambil buah limau boleh dilakukan tanpa masalah. Nanas juga ditanam untuk percubaan. hasilnya agak memuaskan. Pengeluaran hasil limau seperti biasa. Namun tiba-tiba kawasan kebun dinaiki banjir tetapi ia surut selepas 3 jam kemudian.( 24 Julai 2011 )










16 Jun 2011. Menanam limau di tepi kolam.

Kerja-kerja meluaskan kawasan limau sedang berjalan dan ia terletak berhampiran dengan kolam ikan. Adalah dijangkakan bahawa sebanyak 100 pokok limau kasturi akan di tanam di sini. Kerja-kerja meratakan tanah melibatkan kos sebanyak RM 600.00. Namun semuanya akan dapat ditampung dalam masa 15 bulan. Bekalan pokok limau adalah diperolehi di Masjid Tanah, Melaka. ( 16 Jun 2011)