Wednesday, December 31, 2014

1 Jan 2015 - Kebun Limau Tanah Merah. 9.30 Pagi.


 1 Jan 2015
Kebun Tanah Merah
Jam 9.30 Pagi
 


























Tuesday, November 4, 2014

5 Nov 2014

Pagar Netting, Lembu dan Kebun Limau.

Pokok limau bertambah subur dan mulai membesar. Namun banyak kerugian perlu ditampung kerana banyak pokok limau musnah dicabut lembu-lembu orang. Lembu tak salah tapi tuanpunya lembu. Batang paip juga terpaksa dibetul/ganti yang baru sebab banyak yang pecah. Banyak dahan-dahan limau yang patah dan rosak teruk.

Apa lagi terpaksalah membeli netting yang 50% dan 75% cahaya. . Kos bagi segulung ialah RM78 dan RM88 . Bagi satu ekar sebanyak 5 gulung yang diperlukan. Netting ini satu kaedah yang ekonomi lagipun ketahanannya sudah teruji. Di Pantai Timur Malaysia mereka menggunakan Jaring Pukat yang diimpot dari Thailand.  Itupun terpaksa dipotong dua kerana terlampau tinggi. Baru rasa lega tapi kena tunggu seminggu dua ini, untuk melihat keberkesanannya.

Keluarga pula sentiasa memberikan sokongan moral dalam aktiviti ini. Seperti biasa kebun perlu disiram setiap 2 hari sekali supaya buah limau subur.





















































TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAYARI WEB INI.

Saturday, October 4, 2014

Kebun Limau Tanah Merah 5 Okt 2014


Salam sejahtera. Keadaan kebun masih bersih dan terurus. Sistem springkler dipasang disekitar kebun. Jumlah pokok limau yang terdapat dikebun ini ialah kira-kira 110 pokok. Ia jumlah yang besar. Saya berusaha untuk menjadikan kebun ini berdaya maju dengan penghasilan buah limau yang bernilai komersial. 

Tuesday, August 5, 2014

Ogos 2014

Gambar Di Sekitar Kebun Limau.