Tuesday, November 4, 2014

5 Nov 2014

Pagar Netting, Lembu dan Kebun Limau.

Pokok limau bertambah subur dan mulai membesar. Namun banyak kerugian perlu ditampung kerana banyak pokok limau musnah dicabut lembu-lembu orang. Lembu tak salah tapi tuanpunya lembu. Batang paip juga terpaksa dibetul/ganti yang baru sebab banyak yang pecah. Banyak dahan-dahan limau yang patah dan rosak teruk.

Apa lagi terpaksalah membeli netting yang 50% dan 75% cahaya. . Kos bagi segulung ialah RM78 dan RM88 . Bagi satu ekar sebanyak 5 gulung yang diperlukan. Netting ini satu kaedah yang ekonomi lagipun ketahanannya sudah teruji. Di Pantai Timur Malaysia mereka menggunakan Jaring Pukat yang diimpot dari Thailand.  Itupun terpaksa dipotong dua kerana terlampau tinggi. Baru rasa lega tapi kena tunggu seminggu dua ini, untuk melihat keberkesanannya.

Keluarga pula sentiasa memberikan sokongan moral dalam aktiviti ini. Seperti biasa kebun perlu disiram setiap 2 hari sekali supaya buah limau subur.





















































TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAYARI WEB INI.